Isteri baru habis pantang, anggota TUDM sempat tinggal pesan pada adik sebelum maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes tembak anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mangsa Koperal Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, sempat meninggalkan pesan kepada adiknya sebelum kejadian tidak berbau yang menimpanya.

Menurut Sharif Mohd Saddam, 27, memaklumkan bahawa abangnya sempat berpesan agar dia menjaga solat dengan baik selain abangnya berhasrat untuk pergi memancing bersama dalam masa terdekat tidak kesampaian.

"Jangan lupa solat, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi.

"Dia cukup teruja turun memancing kerana baru membeli joran baru. Kami sekeluarga tidak menyangka abang pergi sekelip mata," ujarnya lagi.

Katanya, arwah berkhidmat dengan TUDM selama kira-kira 12 tahun dan sebelum ini bertugas di TUDM Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berpindah ke TUDM Kota Samarahan kira-kira dua tahun lalu.

"Isterinya baru habis berpantang selepas melahirkan anak ketiga dua bulan lalu.

"Arwah adalah anak kedua daripada tujuh adik beradik meninggalkan seorang isteri dan tiga anak," katanya.

Dalam pada itu, rakan setugas mangsa pula, Koperal Mohd Nadzmir Mohideen, 28, menyifatkan Sharif mempunyai nilai persahabatan yang cukup tinggi dalam diri.

"Dia adalah sahabat sejati yang senang didampingi serta punya ramai kawan kerana sikapnya yang peramah, malah mudah membantu rakan yang lain.

"Saya cukup terkejut sebaik menerima berita kematiannya yang cukup tragis pagi ini," kongsinya.

Tambahnya, ketika bertugas arwah seorang yang cukup berani dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Untuk makluman, dalam kejadian jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM itu, empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembakan ketika serah tugas apabila salah seorang anggota menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri.

Dua yang ditembak maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan meninggal ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan jam 9.15 pagi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen