Pelanggan tak tahu pesan 'online', Lan Pet Pet hanya 'COD' krim kesihatan lelaki bukan barang terlarang

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan nama pelawak terkenal ‘dipetik’ oleh netizen atas dakwaan menjual ‘barang’ terlarang.

Sehubungan dengan itu, Mazlan Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Lan Pet Pet menafikn bahawa dirinya terlibat dalam sebarang penjualan barang terlarang seperti yang dikecohkan.

Menerusi laporan Kosmo Online, Lan Pet Pet memaklumkan bahawa produk tersebut adalah krim kesihatan lelaki dan dia merupakan rakan kongsi.

Menurutnya, video tersebut memberikan imej negatif kepadanya dan keluarga walaupun ketika kejadian sebenarnya dia sedang membuat penghantaran (COD) krim tersebut di sebuah lokasi di Kedah.

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu.

“Orang itu (pembeli) duduk kampung hendak membeli krim tersebut, namun tidak tahu cara pesanan dalam talian disebabkan telah tua. Produk ini mungkin menyebabkan dia malu dengan keluarga dan isterinya, jadi saya buat COD produk itu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, pelawak berusia 52 tahun itu memaafkan perakam dan netizen yang mengecam susulan penularan video tersebut.

Katanya, dia juga tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang termasuk menyaman terhadap perakam itu dan mereka yang menularkan video itu.

Terdahulu, kecoh di laman Twitter akan sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen