Tak lekang sebut 'Subhanallah', Aliff Aziz kongsi 'moment' hijrah. -"Ini yang hilang dalam hidup aku."

Pelakon dan penyanyi Alif Aziz sewaktu ketika dahulu pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat sehingga menjejaskan hubungan rumah tangganya bersama Bella Astilah yang juga merupakan seorang selebriti.

Namun, siapa sangka artis kelahiran Singapura itu telah membawa perubahan yang sangat menakjubkan apabila dia kini telahpun menyertai kumpulan tabligh.

'Tertengok IGTV Faizal Ismail'

Perkongsian itu telah dimuat naik di akaun Tiktok milik w_masyietah yang menyaksikan kisah penghijrahan Alif Aziz bersama dengan dua orang ustaz dan rakan selebritinya, Shahrul Ridzwan yang sedia maklum dia merupakan antara selebriti yang turut menyertai kumpulan itu sebelum ini.

 

 

Rasa berdebar tak boleh tidur

Bercerita lanjut, Alif Aziz berkata bahawa sebelum berangkat untuk keluar rumah selama 3 hari, dia merasai satu debaran yang luar biasa sehingga tak boleh melelapkan mata.

 

 

"Saya tak tahu kenapa, saya cuba cari sebab tak nak pergi..."

 

Sanggup batal appoinment doktor

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akhirnya Allah membuka jalannya untuk pergi tanpa paksaan.

Jelasnya, semua bermula apabila terkesan dengan kata-kata rakan tablighnya. Tidak bermadah namun siapa sangka pesanannya itu mampu membuat dia berfikir semalaman sebelum bertemu jawapannya dan terus membatalkan 'appoinment' klinik .

 

'Ini yang aku cari selama ni'

Dalam pada itu, dia berulang kali meluahkan rasa syukur di atas apa yang berlaku ke atas dirinya ketika ini. Alif akui keputusannya menyertai dakwah ini telah menemukan sesuatu yang dia hilang selama 30 tahun hidup.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen