Langgar 'divider' dalam hujan, ambulans ambil pesakit Covid-19 terbabas masuk longkang

Oleh: Zuzu Yasmine

Dua petugas kesihatan berdepan dengan detik cemas apabila ambulans yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Jalan Tambun, Ipoh, malam tadi.

Difahamkan, dua petugas berkenaan dalam perjalanan mengambil pesakit Covid-19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan, kejadian berlaku ketika ambulans dipandu lelaki berusia 55 tahun itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ke Kampung Melayu Batu 8, Hulu Kinta.

“Kenderaan dinaiki dua kakitangan Klinik Tanjung Rambutan itu dalam perjalanan untuk mengambil pesakit Covid-19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput.

“Kenderaan itu bagaimanapun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan,” katanya.

Kemalangan berkenaan juga dikatakan tidak melibatkan kenderaan lain dan tidak menyebabkan kerosakan harta awam.

Katanya, pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan manakala pembantu perubatan berusia 40 tahun mengalami sakit di bahagian pinggang.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat gagal mengawal kenderaan hingga terbabas sendiri. Kejadian berlaku ketika hujan dan jalan basah.

“Ambulans tersebut telah dinyahkuman dan ditarik balik ke klinik Tanjung Ranbutan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen