Bincang dalam 'facetime' je, netizen teruja tukang jahit siapkan 'order' pengantin Melbourne

Di zaman serba canggih ini rasanya tiada apa yang mustahil untuk dilakukan termasuklah urusan mencari jodoh dan juga melakukan aktiviti perniagaan. Bukankah ia terlihat lebih mudah?

Namun, bagaimana pula dengan urusan perniagaan yang melibatkan dua buah negara yang berbeza, mungkin ada sedikit kesukaran melibatkan kaedah bayaran dan sebagainya tetapi lain pula kisahnya kepada pereka fesyen ini.

 

Tempahan dari Melbourne curi perhatian

Dia yang dikenali sebagai Cuwila dan juga merupakan seorang pereka fesyen telah berkongsi video yang menyaksikan aktivitinya menyiapkan tempahan salah seorang pelanggannya dari Melboune.

 

Jika dapat dilihat menerusi perkongsian videonya, sebarang urusan jual beli adalah secara facetime. Dalam pada itu, dia juga memaklumkan itu bukanlah kali pertama dia menerima tempahan dari luar negara sepanjang 5 tahun menguruskan perniagaan sebagai tukang jahit.

'Segak rekaan hangpa'

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya cukup teruja dengan perkongsian Cuwila yang telah menerima tempahan khas oleh pelanggannya dari luar negara, mana tidaknya pasangan 'mat salleh' boleh jatuh hati dengan sentuhan orang kita dan bukankah itu sangat membanggakan.

 

'Sumpah lawa'

'Nampak exclusive'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen