Sedih Muhyiddin bakal letak jawatan, Mila Jirin akui banyak terima bantuan sepanjang pandemik

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan khabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan pada hari ini, penyanyi dan usahawan, Mila Jiran meluahkan rasa sedih berkenaan berita itu.

"Dia bantu aku"

Menerusi Instagram Mila, dia memberitahu bahawa dirinya rasa sedih apabila mengenangkan jasa Muhyiddin terhadapnya selama ini.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ini.

“Tapi mungkin... sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,” lauhnya.

Dalam video yang dimuat naik itu juga, pelatun lagu Persis Mutiara itu berharap agar dunia terutama Malaysia kembali pulih dan berjaya melawan Covid-19.

“InsyaAllah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh ya Allah,” ujarnya lagi.

Bantuan subsidi bukan peribadi

Dalam perkongsian yang lain pula, Mila menjelaskan bahawa bukan bantuan perbadi yang dia terimanya, namun bantuan subsidi upah buat pekerjanya.

“Ada yang fitnah saya dibayar? Ya Allah Subsidi Upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja. Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya,” jelasnya.

Terima RM38,000 sebulan

Sebelum ini, penyanyi dan usahawan berkenaan ada memuat naik satu video di Instagram miliknya yang mendakwa Muhyiddin telah meringankan bebannya sebagai seorang usahawan.

“Saya antara penerima subsidi upah. Subsidi upah yang amat banyak membantu syarikat dalam membayar gaji pekerja. Lingkungan RM76K/Month bagi fasa pkp 1.0 dan RM38K bagi fasa seterusnya hingga sekarang.

“Subsidi upah banyak bantu saya dalam kelangsungan saya membayar gaji pekerja dan menstabilkan aliran tunai yang sangat terjejas. Para pekerja saya pun ramai yang dapat BPR,” kongsinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen