'Status' Facebook abang arwah Siti Sarah jadi bualan, netizen tanya antivaksin ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa sebelum ini, abang kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah, Ahamd Firdous Raissuddin telah dijangkiti wabak Covid-19 hingga terpaksa ditidurkan. Bagaimanapun, keadaanya kini dikatakan sudah stabil dan telah sedarkan diri.

Kenapa dengan status Facebook?

Bagaimanapun, beberapa status tulisan abang kepada penyanyi berkenaan telah menjadi perhatian hingga tular di laman Twitter.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik seorang pengguan Twitter, Ahmad Firdaous dikatakan pernah beberapa kali memberi pandangan mengenali pengambilan vaksin.

Dalam posting berkenaan juga turut berkongsi keadaan Ahamd Firdaous beberapa hari lalu semasa menerima rawatan berikutan dijangkiti Covid-19.

Pengguna Twitter berkenaan juga berharap agar abang Allayarham segera sembuh selain memaklumkan tujuan Tweet dibuat adalah untuk menyebarkan kepentingan vaksinasi Covid-19.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen berharap agar individu berkenaan sedar dan menyedari akan kepentingan vaksinasi Covid-19 selepas ini.

Malah, berharap agar mereka yang antivaksin turut membuka mata akan kejadian seperti ini dan mengambil vaksin.

Harap bagi kesedaran

Takut dia pusing cerita

Vaksin macam 'airbag'

Antivaksin ke?

Terdahulu, Ahmad Firdous telah dijangkiti Covid-19 selepas dua hari pemergian Allahyarham Siti Sarah dan telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dilaporkan kembali stabil pada Jumaat lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen