"Ini berdasarkan ramalan saya..." -Caprice sokong DS Hishammuddin jadi PM

Hangat diperkatakan ketika ini tentang dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan setelah 6 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia atau sebaliknya.

Susulan itu, pelbagai respon yang dapat kita lihat dari kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan ingin terus Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin namun, tak kurang juga yang sudah mula mencadangkan beberapa individu yang dilihat layak untuk menggantikan tampuk pemerintahan beliau.

Korang nak sape jadi PM?

Bagaimanapun, penyanyi rap Caprice juga antara selebriti yang tidak ketinggalan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Malaysia meskipun dia pada ketika ini berada di Mesir.

 

Caprice suarakan sokongan kepada DS Hishammuddin

Dia menerusi hantaran terbaharu di IG Story menyuarakan sokongannya agar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-19 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, its not about apa yang kita pilih, Ini hanya berdasarkan ramalan saya. Based on the world agenda, yang paling sesuai for the world agenda adalah Datuk Seri Hishammuddin atau Anwar Ibrahim."

"Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini dan kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri."

"Jadi berdasarkan siapa dia jumpa, berdasarkan akaun media sosial, dua tokoh itu memenuhi kriteria world agenda. Tapi kalau kita nak keluar daripada world agenda, siapa lagi senior yang boleh lead Malaysia, like Ku Li atau Anwar ibrahim dan juga DS Hishammuddin..."

-Caprice-

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh media sejak semalam, Ahli Majlis Pimpinan Bersatu iaitu Datuk Seri Redzuan Yusof menegsahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Isnin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen