Bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang menular dalam kalangan masyarakat, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil vaksinasi. Bukan sahaja rakyat tempatan namun, warga asing atau pekerja asing juga perlu mengambil vaksinasi Covid-19.
Malah, ketika ini tentunya masing-masing sedang menunggu giliran untuk mengambil suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang tertera di aplikasi MySejahtera.
Pekerja asing dikasari?
Terbaru, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan keadaan di salah sebuah PPV ketika warga asing sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin.
Apa yang mencuri perhatian di dalam rakaman tersebut adalah tindakan seorang petugas RELA di sana yang dilihat agar kasar melayani warga asing berkenaan.
Tolak & sentuhan fizikal?
Dalam rakaman tersebut, petugas berkenaan dilihat telah menolak dan melakukan sentuhan fizikal terhadap seorang warga asing yang sedang beratur.
Ramai yang nampak?
Sehubungan perkongsian tersebut, rata-rata netizen kesal akan tindakan pertugas berkenaan yang dilihat seakan membuli malah, ada juga yang mengakui melihat kejadian tersebut memandangkan mereka turut berada di sana.
Namun, ada juga yang membela tindakan petugas tersebut yang dikatakan warga asing agak sukar untuk menerima arahan yang diberi.
Ada di tempat kejadian
Kadang memang 'over'
Dia orang pun manusia juga
Terpaksa guna ketegasan
Tinggalkan Komen