Hanya alami calar di tubuh, lelaki dedah detik temui jasad Imam cukup sifat hadap kiblat

Oleh: Zuzu Yasmine

Insiden air pasang yang berlaku di Kedah beberapa hari lalu sememangnya mengundang simpati ramai. Bukan sahaja penempatan rosak kerana arus air yang kuat namun ada juga yang menjadi korban dalam kejadian tersebut.

Memetik laporan Astro Awani semalam, mayat mangsa kelima yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai di sini, pada Rabu lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, mayat yang ditemui itu merupakan bekas imam sebuah masjid di Yan, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui di bawah timbunan kayu.

Bagaimanapun, penemuan tersebut juga mengejutkan ramai apabila mayat yang ditemui itu berada dalam keadaan baik selain turut hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar (empat hari lalu).

Malah, mayat juga dikatakan ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Sehubungan itu, seorang individu yang dipercayai menyertai misi mencari dan menyelamat itu menyatakan bahawa jasad bekas imam itu ditemui dengan keadaan cukup sifat.

Tambahnya, tiada sebarang anggota badan ‘terpisah’ daripada tubuh dan hanya mengalami calar kecil meskipun berada di dalam timbunan balak yang cukup besar.

“Semua sifat cukup, rambut masih ada. Tak ada yang terasing dari tubuh. Alhamdulillah,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen