Padah bagi pelanggan tak lengkap 2 dos masuk, premis diarah tutup serta merta

Tindakan sepasang suami isteri dengan sengaja mencetuskan kemarahan orang ramai susulan 'eksperimen sosial' yang dilakukan olehnya baru -baru ini akhirnya mengundang padah.

Premis perniagaan diarah tutup serta merta

Bukan sahaja bakal berdepan dengan tindakan undang-undang bahkan premis perniagaan tempat mereka pergi pada hari kejadian turut diarah tutup setelah didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk membenarkan individu tidak lengkap vaksinasi makan di kedai.

Pasukan pemantau akan ditambah

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim, pihaknya akan menambah jumlah pasukan pemantau dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya minta masyarakat patuh SOP yang ditetapkan. Kami akan banyakkan pasukan pemantau dengan kerjasama PBT."

"Jika ada keingkaran dikesan dilakukan oleh premis, kita akan pastikan premis itu ditutup untuk tindakan lanjut."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen