Terkilan PA sendiri songlap duit gaji, Andi Bernadee sampai tipu mak tak nak dia risau

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee meluahkan rasa terkilan apabila individu yang merupakan kawan baiknya merangkap pengurus peribadinya 'tikam belakang' apabila menelan hampir RM70,000 bayarannya hasil usaha keras sejak awal tahun lalu.

'Guna Whatsapp untuk burukkan saya'

Mengulas lanjut kejadian yang menimpanya, pelantun kepada lagu Donde itu memberitahu bahawa individu terbabit telah menggunakan aplikasi Whatsapp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

"Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah...orang yang saya percaya dan bawa masuk dalam industri. Saya sendiri tak sangka dengan apa inidividu itu sudah lakukan."

"Dia kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya, sedangkan dia telah songlap duit saya."

"Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju."

"Dia manipulasikan Whataspp saya dan hantar kepada client... client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi saya."

Selalu mengelak setiap kali tanya tentang bayaran

Pun begitu, Andi dalam kenyatannya berkata sebelum ini dia pernah bertanya akan perkara itu kepada individu terbabit namun, dia seperti cuba mengelak daripada menjawabnya.

"Saya mula syak sebab duit saya bekerja dari awal tahun tak masuk ke dalam akaun saya. Dia asyik beri alasan resit hilang dan client tak bayar lagi."

"Sedangkan client dah bayar, rupanya dia dah makan (ambil duit). Saya mula bertanya dekat dia sejak Jun lalu, tapi macam-macam alasan dia beri."

"Ahad lalu, saya ada bersemuka dengan dia dan tanya baik -baik sebab saya ada bukti yang mengatakan bayaran sudah dilakukan ke dalam akaun peribadi dia."

[adsense_codes slot="7107598670"]

Terpaksa tipu mak

Tambahnya lagi, insiden itu turut memberi kesan kepada keluarga sehingga menyebabkab dia terpaksa berbohong kepada ibunya dengan mengatakan bahawa duitnya hilang.

"Saya serabut, dalam keadaan kita sedang berdepan dengan pandemik, saya hanya harapkan duit hasil titik peluh dan kerja keras saya."

"Saya ada tanggungan keluarga, apa yang berlaku ini memberi kesan kepada keluarga saya. Apabila mak saya bertanya, saya terpaksa tipu kata duit saya hilang."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen