Tiga kepimpinan menteri diganti, Dr Zulkifli mohon maaf sepanjang berkhidmat

Umum sedia maklum, bahawa hari ini Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan jemaah menteri kabinet yang baru susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9.

3 kepimpinan bekas menteri ditukar

Namun demikian, terdapat 3 bekas menteri tidak dikekalkan kedudukan mereka dalam barisan kabinet di bawah kepimpinan beliau dan antaranya adalah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Bagaimanapun, Dr. Zulkifli yang sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah digantikan oleh Senator Idris Ahmad sementara, Mohd Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan dengan Datuk Zuraida Kamaruddin.

"Tahniah diucapkan kepada semua barisan kabinet..."

Sehubungan itu, Dr Zulkifli dalam muat naik hantaran terbaharunya di Facebook turut merakamkan ucapan tahniah buat jemaah menteri kabinet yang baru serta memohon maaf sepanjang pelantikannya sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen