Orang pertama hulur bantuan pada Latif, Instagram atlet Greece dihujani ucapan terima kasih dari netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Miliki semangat kesukanan yang hebat, atlet Greece dikenali sebagai Thanasis Prodromou mendapat pujian dari netizen apabila membantu jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly ketika mengalami kecederaan selepas membuat lompatan kelimanya.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, Thanasis Prodromou adalah orang pertama yang berlari ke arah Latif ketika atlet itu sedang menahan kesakitan dan memanggil petugas perubatan untuk segara membantu.

Apa yang lebih mengagumkan lagi apabila pemenang pingat perak itu tidak meninggalkan Latif seorang diri meskipun bantuan telah tiba sebaliknya membantu menyapu pasir di rambut dan bahu ketika pemenang pingat emas itu duduk di kerusi roda akibat kesakitan.

"Silver winner with Gold heart."

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen berterima kasih akan sikap prihatin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet berkenaan.

Malah, Instagram atlet berkenaan juga dihujani ucapan terima kasih daripada netizen Malaysia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen