Tak tahan simpan perasaan lagi, bekas PA rancang masuk minang DSV dalam masa terdekat

Oleh: Zuzu Yasmine

“Saya rancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat” itulah yang diluahkan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli yang tekad meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat.

Dah cakap dengan keluarga.

Memetik laporan mStar, Iqbal menyatakan bahawa dia serius mahu melangkah ke fasa baharu kehidupan dan tidak mahu membuang masa bermain cinta dengan bekas majikannya lagi.

“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat. Saya pun sudah menghubungi kakaknya di kampung dan beritahu mengenai niat ini.

Cuma bila waktunya saya tak boleh nak bagi kerana Perintah kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan keluarga untuk bertemu tapi jalau boleh minggu depan saya nak hantar rombongan.

“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dulu, saya pun tak nak buang masa dah,” katanya.

"Kahwin memang nak anak..."

Dalam pada itu, Iqbal turut menyatakan bahawa dia lega apabila Dato Seri Vida disahkan oleh doktor masih subur dan boleh mendapatkan zuriat.

“Dah dua kali DSV buat ujian kesuburan, Alhamdulillah dia boleh hamil lagi. Itu satu berita yang baik untuk kami jika berkahwin, sekurang-kurangnya nanti kami boleh timang anak.

“Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.

“Tapi dalam masa sama terdetik juga rasa kasihan kerana dia perlu mengandung lagi di usia begini. Namun dalam sesebuah perkahwinan soal zuriat juga penting,” kongsinya lagi.

Bukan marketing.

Didakwa sekadar ‘marketing’ sahaja, Iqbal menafikan perkara tersebut malah pernah meminta agar Dato Seri Vida perlahankan sedikit perniagaannya.

“Semua yang kami kongsi di media sosial setakat ini benar Cuma DSV biasalah, tidak  boleh lari daripada menjual produk. Saya minta dia perlahankan sikit menjual tapi dia kata itu dah sebati dengannya.

“Tapi saya mahu orang ramai tahu, luahan perasaan saya ini adalah benar. Saya tak boleh nak simpan perasaan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial akan Dato Seri Vida bakal menamatkan zaman solonya dengan bekas pembantu peribadinya. Malah, usahawan kosmetik itu juga dikatakan telah melakukan beberapa kali ujian kesuburan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen