KJ bakal perkenal SOP baru lebih tersusun, "SOP sebelum ini terlalu 'menggunung'..."

Meskipun sudah memasuki 2 tahun usia Covid-19 menyerang seluruh dunia, nampaknya orang ramai masih keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan sebelum ini.

Mengambil maklum akan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin(KJ) memberitahu senarai SOP itu bakal diselaraskan agar lebih jelas dan mudah difahami.

SOP akan disusun semula elak kekeliruan

Tambah KJ, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi mengeluarkan garis panduan baharu, menggantikan semua SOP lama.

"Kita akan mulakan usaha memurnikan SOP ini pada minggu depan dan akan dapat keluarkan senarai SOP yang lebih mudah untuk difahami menjelang akhir September."

"Saya rasa sebelum ini terlalu banyak SOP secara pembahagiaan sektor terlalu khusus, sedangkan ia harus bersifat umum serta terpakai merentasi semua sektor."

"Selain itu, SOP ini harus jelas dengan menggariskan sekiranya pada fasa endemik, ada kawasan yang merekodkan kes penularan, maka kita rujuk kepada garis panduan kategori kedua dan seterusnya, bergantung kepada kadar jangkitan di tempat berkenaan."

-Khairy Jamaluddin-

Ujarnya, sekarang orang hanya membuang masa merujuk senarai SOP yang panjang tanpa mengetahui kedudukan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen