Kesal dikecam rentas negeri, ibu Shaheizy Sam dedah punca bermalam di rumah anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Disebabkan belum ada pengumuman kebenaran merentas negeri, orang ramai tentunya agak sensitif akan perkara itu terutama selepas berbulan-bulan tidak pulang ke kampung bertemu ibu bapa.

Dikecam kerana didakwa langgar SOP?

Susulan itu, tindakan pelakon Kathy Fauziah yang memuat naik foto bersama anak dan cucunya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram itu, memaparkan Khaty dan suaminya kini berada di Kuala Lumpur sedangkan mereka menetap di Melaka.

Datang dapatkan rawatan di IJN.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, ibu kepada pelakon Shaheizy Sam itu tampil menjelaskan tujuan dia merentas negeri adalah disebabkan urusan kesihatan.

Khaty juga memuat naik kad perubatannya dan menjelaskan bahawa dia perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan rawatan kesihatannya.

“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.

“Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu.

“Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya..ikut SOP,” tulisnya di ruang kapsyen.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen