Berpantang maut sebelum ajal, kereta remuk dirempuh tapi pemandu selamat

Oleh: Zuzu Yasmine

Terbaru, tular akan rakaman detik-detik lima kenderaan dirempuh sebuh lori di Jalan Ipoh, Setul pada petang tadi.

Difahamkan, insiden tersebut berjaya dirakam oleh dari kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pemilik kenderaan yang turut berada di tempat kejadian.

Menerusi video yang tular itu, enam kenderaan tersebut sedang berhenti di lampu isyarat merah sebelum di langgar oleh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Lebih mengejutkan lagi, pemandu kereta Myvi kuning yang teruk dirempuh lori berkenaan dilaporkan selamat dan hanya mengalami luka ringan sahaja.

 Bagaimanapun, maklumat lajut masih belum dikeluarkan oleh pihak polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen