'Awek' dihina kerana kulit gelap, pemuda tak malu kekasih 'berisi' titip pesan buat netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, seorang pemuda dikenali Hazran Man mengakui bahawa dirinya tidak segan mempunyai teman wanita yang memiliki fizikal berisi.

Malah, pemuda berkenaan telah memuat naik beberapa video mesra dia bersama kekasihnya di platfrom TikTok miliknya.

"Awek dihina kerana hitam..."

Bagaimanapun, pemuda ini sekali lagi menjadi perhatian apabila kekasih hatinya dikatakan telah ‘diejek’ warna kulitnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda berkenaan seolah-olah tidak kisah akan perkara itu malah mengingatkan mereka yang mengecam bahawa coklat yang berwarna gelap lebih manis dari tepung.

“Awek Dihina kerana hitam? Ingatlah coklat lagi manis dari tepung...” tulisnya di ruangan kapsyen.



Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju akan kata-kata pemuda berkenaan. Malah, mereka turut memberi kata semangat agar pasangan ini tidak pedulikan kata-kata orang lain.

Comel je tengok

Hitam manis pandang tak jemu

Abaikan mulut-mulut orang

Moga terus bahagia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen