Bimbang persekolahan bersemuka, ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan pembukaan sekolah secara berpringkat mengikuti fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula 3 Oktober ini.

Kapasiti dibuka 50%

Menurut laporan Berita Harian, pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran mingguan yang mana kapasiti ditetapkan 50 peratus daripada jumlah keseluruhan murid.

Menurut Datuk Dr Radzi, pendekatan itu bagi mengurangkan murid dalam kelas untuk mengurangkan risiko pandemik COVID-19.

Katanya, langkah itu juga bagi pengawalan murid dan guru akan memastikan murid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pemakaian 'mask' diwajibkan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka bagi murid diwajibkan di sekolah, manakala pelitup muka dua lapis pula adalah digalakan.

Ibu bapa diberi pilihan.

Buat ibu bapa yang bimbang akan sesi persekolahan bersemuka ini, ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Jelasnya, ketidakhadiran pelajar tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ibu bapa perlu menulis surat kepada sekolah mengenai perkara itu.

Beliau turut berkata, tidak akan ada surat amaran akan diberikan, tetapi ibu bapa hanya perlu menjelaskan mengenai ketidakhadiran itu.

"Perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen