Imam masjid Putra tak reda perbuatan sebar video. -" Jumpa saya minta maaf..."

Berikutan tular isu layanan dua darjat jemaah masjid pada Jumaat lalu, Ikmal Zaidi Hashim yang juga merupakan imam besar masjid Putrajaya tampil dengan kenyataannya menerusi sesi live yang dibuat olehnya di Facebook.

Perbuatan rakam tindakan tak bertanggungjawab

Jelas beliau, perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapat layanan istimewa adalah satu tindakan tak bertanggungjawab.

"Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar itu, dia duduk macam tu sambil mohon agar mereka boleh masuk."

"Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita."

-Imam besar Putrajaya-

"Saya tak reda..."

Susulan kejadian itu, dia memberitahu tidak reda dengan perbuatan individu yang merakam kemudian menjadi tular di kebanyakkan platform media sosial.

"Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf."

-Imam besar Putrajaya-

"Kuota dah pun ditetapkan..."

Tambah Ikmal, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus(270 orang) darinya orang awam dan 10 peratus (30 orang) untuk VIP.

"Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri."

"Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas."

"Dah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), yang lebihnya (270 orang) untuk jemaah lain, tapi dah dia lambat, dia tak nak balik."

-Imam besar Putrajaya-

Terdahulu, telah tular sebuah rakaman yang menyaksikan beberapa orang jemaah di luar pintu utama masjid Putrajaya kerana tidak membenarkan masuk untuk solat Jumaat.

Namun, sorotan video tersebut menjadi hangat dengan kehadiran VIP masuk ke dalam masjid itu dengan mudah.

Hal itu jelas sekali memberi gambaran yang kurang enak di mata masyakat.

Pun begitu, pihak pengurusan masjid telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu itu sekaligus bagi meredakan ketegangan dan spekulasi orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen