Dewan rakyat pertingkat SOP, ahli Parlimen jalani kuarantin perlu pakai PPE ketika bersidang

Memetik laporan Sinar Harian, ahli Parlimen yang sedang menjalani tempoh Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk menghadiri sesi pengundian di Dewan Rakyat.

Ahli Dewan berstatus HSO diminta pakai PPE

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Azhar Azizan Harun, pelaksanaan itu juga pernah dilakukan di persidangan pada 14 dan 15 Disember lalu yang bertujuan untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

"Ahli Dewan yang berstatus HSO disebabkan kontak rapat diberi pilihan untuk sesi undian jika ada sesi undian dengan memakai PPE, perkara ini pernah dilakukan pada 14 dan 15 Disember yang lalu."

-Azhar Azizan-

Ujian RTK sepanjang bersidang

Selain itu, beliau turut mengesyorkan sistem penggiliran setiap satu jam melibatkan kehadiran ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar ahli dewan datang awal untuk menjalani ujian RTK air liur secara berkala sepanjang tempoh persidangan. 

"Ujian ambil masa selama 20 minit untuk dibuat apabla Yang Berhormat tiba di Parlimen. Oleh itu, dimohon agar ahli-ahli Parlimen dapat hadir awal di Dewan Bankuat bagi mengelakkan kelewatan urusan dewan."

-Azhar Azizan-

Untuk makluman, sidang Parlimen pada Selasa bakal memberi tumpuan kepada usul untuk memilih seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang akan berlangsung sebaik selesai sesi pertanyaan menteri dan jawab lisan.

Undian dijangka diadakan bagi memilih seorang calon ahli Parlimen berikutan dua calon dinamakan sebelum ini oleh blok kerajaan dan pembangkang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen