Suami nangis sempena ulang tahun, sebak lepas Dayah Zubit bagitahu sedang hamil

Sempena ulang tahun suami, Nur Hidayah Zubit yang juga merupakan penjaga anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat satu kejutan istimewa.

Dayah Zubit hamil

Dia menerusi hantaran terbaharunya di Instagram telah berkongsi khabar gembira yang memaklumkan kini sedang hamil selepas 3 bulan mendirikan rumah tangga pada akhir Mei lalu.

"Dah lama simpan tau..."

Menurut Dayah, video tersebut telah lama disimpin olehnya kerana menunggu waktu sesuai untuk berkongsi khabar itu dengan suaminya dan tidak menyangka perasaan bahagia suami diiringi tangisan kebahagiaan.

"Alhamdulillah..."

Di kesempatan itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat buat Dayah dan suami atas perkongsian gembira itu.

 

"Tahniah Dayah dan suami!"

 

Untuk rekod, Dayah Zubit pernah berkhidmat sebagai penjaga kepada Aafiyah, anak sulung Dato' Seri Siti Nurhaliza sejak dari kecil lagi.

Namun, selepas berumah tangga, Dayah kini bukan lagi penjaga Aafiyah malah, bekas majikannya itu turut memaklumkan akan mencari pengganti baru untuk mengasuh serta menjaga anak-anaknya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen