Belum cucuk dah muntah sampai tukar petugas, netizen syak remaja loya tengok doktor?

Umum sedia maklum bahawa kini kerajaan sedang mempergiat program pemberian vaksin kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Dalam usaha tersebut, pastinya para petugas akan berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah melayani karenah individu serta meyakinkan mereka lebih-lebih lagi bagi yang mengalami masalah trauma dengan jarum suntikan.

Remaja trauma jarum 

Kejadian itu nampaknya telahpun terjadi di sebuah PPV baru-baru ini yang mana detik tersebut ada dirakam oleh seorang pengguna Tiktok bernama azuraa100.

Belum sempat cucuk dah loya

Dalam perkongsian itu, dia telah menghantar anak lelakinya berusia 16 tahun untuk mengambil vaksin, namun setibanya giliran si anak, para petugas perlu mengambil sedikit waktu untuk memujuk serta menenangkan remaja terbabit.

Hal ini adalah kerana dia mengalami perasaan trauma dengan jarum selain muntah untuk beberapa kali sehingga terpaksa bertukar petugas.

Namun begitu, dia berjaya mengatasi rasa takut itu dengan pujukan mak.

 

"Takkan sebab doktor?"

Bagaimanapun, siapa sangka ada juga yang sempat berseloroh bahawa remaja itu sebenarnya loya tengok muka petugas, bukan sebab takut jarum.

"Macam takut dengan doktor"

"Harap 2nd dose okey"

Namun, tak kurang juga yang bersimpati melihatnya yang perlu bertarung rasa takut untuk suntikan yang pertama itu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen