Lama berdiam, Kak Kek mohon maaf isu video parodi. -"Saya terkejut Iqbal kata depresi..."

Baru-baru ini video parodi pelakon, Catriona Ross menjadi bualan dalam kalangan wargamaya susulan melakonkan semula adegan usahawan kosmetik Dato' Seri Vida bersama Ahmad Iqbal di hari ulang tahunnya.

Terkilan kontroversi jadi bahan lawak

Bagaimanapun, nyata video sekadar gurauan itu dianggap serius oleh Iqbal sehingga dia meluahkan rasa terkilan kontroversinya dengan Vida dijadikan bahan jenakan segelintir pihak.

Kak Kek mohon maaf

Susulan insiden, Catriona Ross atau lebih mesra dengan nama Kak Kek tampil menjawab segala pertuduhan sekaligus memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.

"Saya minta maaf kerana ambil masa yang lama untuk membalas. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri."

-Catriona Ross-

"Saya tak kiblatkan duit..."

Selain itu, pelakon terbabit juga menafikan dakwaan Iqbal yang mengatakan bahawa dia membuat video tersebut semata-mata kerana wang ringgit.

"Hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat. Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit."

"Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai pelakon."

-Catriona Ross-

Namun, dia menghormati pandangan serta perasaan Iqbal dan berhasrat ingin memohon maaf di atas video yang telah mengguriskan hatinya dan pihak tertentu.

Terkejut Iqbal alami tekanan

Dalam pada itu, Kak Kek turut terkejut apabila Iqbal itu mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut dan berharap agar pemuda itu kuat lebih-lebih lagi apabila menceburkan diri dalam dunia selebriti ini.

"Sebagai seorang kakak kepada seorang adik, saya nak nasihatkan Iqbal sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dik. Memang susah!"

"Kepada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat."

"Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudaham Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima Kasih.

-Catriona Ross-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen