10 tahun tunggu zuriat, baru 3 hari lahir anak Azmi Saat meninggal dunia

Baru 3 hari menyambut kelahiran anak pertama, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat dan isteri diuji apabila bayi lelakinya mengalami penyakit kronik

Anak alami masalah kesihatan 

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Azmi sendiri di lama Facebook miliknya yang memaklumkan keadaan anaknya yang diberi nama Khairul Afnan.

Dalam hantaran tersebut, Azmi turut memohon doa dari orang ramai agar Afnan diberi kesembuhan dari penyakit yang ditanggung olehnya.

"Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami."

-Azmi Saat-

Doktor syak ada masalah pada otak

Namun begitu, menerusi sumber yang dipetik dari Mstar, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.

"Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi...cuma terakhir malam tadi dia beritahu Afnan tak sihat, bernafas guna bantuan alat pernafasan."

"Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak gerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar."

-Pengurus-

"Beberapa minit saja lagi..."

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Azmi memaklumkan bahawa dia dan isteri hanya ada beberapa minit sahaja lagi untuk memegang Afnan untuk kali terakhir.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen