Dari kisah percintaan, kini Ahamd Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu Dato Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian ramai apabial meluahkan hasrat untuk membuat lagu.
Iqbal nak buat lagu?
Perkara tersebut diluahkan Iqbal di InstaStory miliknya dengan mencari pihak yang boleh berkerjasama dengannya untuk mencipta lagi dengan kadar segera selain bajet yang telah ditetapkan.
Bejat RM500,000 dipertikai.
Menurut Iqbal, bajet tersebut termasuk pembikinan video muzik lagu berkenaan selain turut mendedahkan terima tawaran mencecah RM600,000.
Bagaimanapun, dengan keadaan ekonomi sekarang dia terpaksa berjimat cermat dalam menggunakan wangnya.
Pernah juara nasyid
Iqbal juga menegaskan bahawa dia tidak mahu dirinya disamakan dengan ‘founder’ lain yang menggunakan lagu sebagai taktik pelaris, sebaliknya dia mahu membuktikan bakat seni yang dia miliki.
Okay tak jika Caprice buatkan lagu?
Bagaimanapun, Iqbal mendapat ajakkan dari penyanyi rap, Caprice yang ingin berkolaborasi mencipta lagi bersama namun meminta pendapat ramai memandangkan dia kurang mahir dalam bidang muzik.
Tinggalkan Komen