Berang tak dapat duit dari ibu, bekas banduan bakar rumah lepas seminggu bebas

Menerusi perkongsian video di portal Kosmo menyaksikan satu kejadian kebakaran yang berlaku pada Isnin.

Difahamkan, ia berpunca daripada tindakan seorang bekas banduan yang berang apabila ibunya tidak memberikan wang.

Berang ibu tak bagi duit

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner S. Vijaya Rao, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan kira-kira pukul 3.30 petang berhubung kebakaran rumah daripada seorang kerani wanita berusia 37 tahun yang juga merupakan  anak saudara kepada suspek.

"Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal."

"Suspek telah membuat ugutan kepada ibunya bahawa dia akan membakar rumah sekiranya ibunya tidak memberikan wang sebelum beredar."

"Semasa kejadian rumah mangsa tidak berpenghuni kerana keluar bekerja."

-Polis-

Direman 4 hari

Tambah beliau, semakan mendapati suspek baru seminggau keluar dari penjara atas kesalahan dadah dan kini menganggur.

"Suspek kini direman empat hari."

"Siasatan masih dijalankan sama ada wang yang diminta adalah bagi pembelian dadah."

-Polis-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen