"Sabar sekejap ya, jodoh sebenar dah dekat kot..." - Erra Fazira

Oleh: Zuzu Yasmine

Dijadikan sasaran ramai selepas khabar angin mengenai pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dikatakan telah menjadi isteri kedua Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Memetik laporan Harian Metro, Erra telah membalas dalam ruangan komen di Instagram bekas Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil yang meluahkan rasa penat untuk menjawab pelbagai pertanyaan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu menganggap setiap kata-kata itu sebagai doa.

"Sabar sekejap ya abang. Tuan punya badan pun naik 'lunyai' kena tanya. Dah jawab pun, mereka tanya lagi.

"Tak apa abang. Agaknya, jodoh sebenar dah nak dekat dah sebab orang cakap, kata-kata itu doa," tulisnya.

Sejak semalam, kecoh di media sosial bahawa Erra telah pun menamatkan zaman bujangnya namun dia menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa masih lagi berstatus ibu tunggal.

Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 tetapi turut berakhir dengan perceraian pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen