Terbongkar rahsia lepas 5 bulan nikah, suami terkejut 'owner' rumah sewa rupanya bini sendiri

Orang kata, fasa awal perkahwinan memang banyak pakai duit, maklumlah sudah hidup berdua, jadi ada banyak komitmen yang perlu digalas termasuklah menyediakan rumah buat bakal keluarga.

Tak perlu terlihat mewah, cukuplah sekadar ia selesa sementara mengukuhkan semula ekonomi sebagai ketua keluarga.

Tuan rumah sewa rupanya bini sendiri

Begitulah juga yang dirancang oleh pasangan ini. Dia dan isteri bercadang untuk menyewa sebuah rumah terlebih dahulu memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.

 

Namun, sedikit mengejutkan dirinya apabila rupanya rumah tersebut milik isterinya. Perkara itu baru diketahui sang suami selepas 5 bulan berumah tangga.

"Isteriku owner rumahku"

Susulan perkongsian kisah ringkas itu, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tidak menyangka 'plot twist' cerita pemilik akaun Tiktok bernama Aqim.

 

"Senyum bini..."

 

"Bijak wife abang"

Dalam pada itu, tak kurang juga yang memuji cara isterinya sekaligus menganggap dia pasti seorang yang bijak mengurus kewangan keluarga.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen