Semalam, pasangan romantis Hairul Azreen dan juga isterinya Habis Zalikha telah membuat kelainan apabila menyewa sebuah helikopter ke sebuah pulau untuk bercuti.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pasangan ini di laman Instagram yang memaparkan mereka sekeluarga menikmati percutian dengan tenang dan penuh ‘privacy’.
“Bercuti bersama keluarga saya. Setelah sekian lama, dari Kuala Lumpur ke pulau.” - Hairul Azreen.
Lebih menarik perhatian lagi apabila reaksi anak perempuannya, Alisa yang dikatakan pertama kali bercuti selepas ‘berkurung’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alisa first time holiday haha baby MCO.” – Hairul Azreen
Dalam pada itu, Hanis Zalikha turut memuat naik video yang memaparkan si comel berkenaan berada di dalam dakapannya sepanjang perjalanan mereka menuju ke pulau.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata mereka teruja melihat percutian penuh mewah itu selain terhibur melihat gelagat Alisa ketika di dalam helikopter.
Akhirnya Alisa boleh tengok dunia
Amboi muka Alisa
Tinggalkan Komen