Asli ke tu? Lelaki mirip pelakon 101 dalam siri Squid Game jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Drama ‘Squid Game’ bagaikan satu fenomena hingga memecahkan rekod rating tertinggi di Netflix selain turut menjadi perbualan di seluruh dunia.

Malah ketika ini, pusat beli-belah di Sunway Pyramid pasti menerima ramai pengujung terutama dalam kalangan peminat siri tersebut.

Bahkan replika patung besar dari salah satu permainan dalam drama tersebut ‘muncul’ di tengah pusat beli-belah berkenaan sebagai satu tarikan sehingga hujung bulan ini.

Nak tengok tak ‘oppa’ i tak?

Susulan itu, seorang pengguna platform TikTok dikenali sebagai @richgirlish berkongsi moment apabila bertemu seseorang yang mirip dari watak dalam drama berkenaan iaitu Deok-Su atau lebih dikenali sebagai pemain 101.

Video dikongsi pengguna TikTok berkenaan yang kononnya telah berjumpa dengan ‘Deok-Su’ di Korea sekali gus mengundang perhatian netizen sehingga meraih hampir dua juta penonton.

Buat yang masih belum menonton siri ini, Deok-Su lakonan Heo Sung-tae itu antara watak dibenci penonton kerana sering menimbulkan masalah dalam kalangan pemain.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen seolah-olah berteka teki adakah pelakon tersebut ada di Malaysia atupun hanya pelanduk dua serupa.

Ada dekat Malaysia ke?

Muka sama dah tu

Asli ke tu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen