Sambut ulangtahun perkahwinan ke 53, atuk & nenek sarung baju kahwin semula

Oleh: Zuzu Yasmine

Meraikan ulang tahun perkahwinan tentunya perkara biasa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri. Tapi biasanya untuk mereka yang baru-baru berkahwin je, buat orang lama tentunya jarang melakukan hal-hal seperti ini.

Sambut ‘anniversary’ ke 53.

Itulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini apabila menyarung baju perkahwian untuk menyambut ‘wedding anniversary’ mereka.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @akak_nikelako memaparkan moment romantis pasangan tersebut yang mengenakan baju sedondon berwarna kuning.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, pada awalnya dia tidak merancang dengan teliti akan sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke 53 ibu bapanya itu.

Takut ayah tak nak pakai mula-mula.

Namun semuanya berubah apabila dia mentatarias ibunya untuk pertama kali dan meminjam baju kahwin dari butik rakannya. Malah, dia juga bimbang meminta ayahnya yang agak garang untuk mengenakan busana tersebut namun tidak sangka ayahnya antara yang teruja dengan pemintaannya.

“Aboh garang, aku takut nak suruh pakai baju pengantin. Tapi last-last dia yang paling happy,” kongsinya.

Dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, @akak_nikelako mengambil gambar pasangan romantis itu di belakang rumah mereka sebagai tanda kenang kenangan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen tumpang gembira melihat pengguna TikTok berkenaan membahagiakan ibu bapanya. Malah ada juga turut tumpang sebak selain memuji pasangan berkenaan.

Cantiknya...

Semoga diberi kesihatan yang baik

Selamat ulang tahun pakcik makcik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen