Demi masa depan dan zuriat, pasangan hidap Talasemia pilih jalan berpisah

Oleh: Bella Bahrin

Baru-baru ini, tular mengenai sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana masing-masing menghidap penyakit Talasemia minor. 

Melalui perkongsian seorang pengguna Tiktok @szasaccount, beliau memuat naik video yang menceritakan detik perpisahan mereka.

"And this is the video of our last day..."

Video yang berdurasi selama 1 minit itu telah menarik perhatian netizen. Setelah 3 tahun menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, mereka terpaksa membawa haluan masing kerana penyakit yang dihidapi.

Meskipun keputusan yang dibuat sangat berat, namun demi masa hadapan masing-masing, mereka memutuskan untuk kekal menjadi kawan. 

 

"That's so heartbreaking..."

Mereka berdua yang sama-sama menghidap Talasemia minor telah meraikan hari terakhir sebagai pasangan kekasih.

Namun, kesedihan yang ditunjukkan oleh pasangan ini dalam video tersebut turut menarik rasa simpati netizen.

"Mature Breakup"

Terdapat juga netizen yang memuji tindakan pasangan ini kerana tidak mementingkan diri sendiri untuk masa depan keturunan mereka. 

"You guys succeed on spreading awareness..."

Segelintir netizen turut memuji tindakan mereka yang memberi pendedahan tentang penyakit ini. 

Pesakit Talasemia tidak digalakkan bersama

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. 

Disebabkan itu, mereka yang menjadi pembawa gen talasemia dinasihatkan untuk tidak berkahwin dengan pasangan yang juga seorang pembawa gen talasemia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen