Beri layanan sepenuh hati, suara lunak 'waiter' nyanyi lagu 'happy birthday' jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelbagai cara meraikan ulang tahun kelahiran yang tersayang. Ada yang suka berikan ‘surprise’ ada juga yang suka meraikan di restoran kegemaran insan tersebut.

Tidak kiralah macam mana cara meraikannya tentu mempunyai satu tujuan yang sama iaitu ingin memastikan insan tersebut gembira di hari bermakna itu.

Bila 'happy' dengan kerja kau.

Sama seperti pengguna TikTok dikenali sebagai @nadiarahimi89 ini apabila berkongsi moment meraikan ulang tahun kelahiran ibunya di sebuah restoran hotel terkemuka.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat pelayan restoran yang dikenali sebagai Mr Izhar ketika membawa kek buat ibu pengguna TikTok berkenaan.

Mana tidaknya, ketika menyediakan hidangkan tersebut, Mr Izhar siap menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat ibu wanita berkenaan.

Malah, suara Mr Izhar juga dikatakan lunak dan merdu membuatkan pengguna TikTok berkenaan berterima kasih terhadap layanan yang sepenuh hati itu.

"Patut dapat award ni..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen dengan nyanyian dari Mr Izhar itu, malah turut berseloroh bahawa iraman yang dinyanyikan adalah dari lagu sebuah iklan jenama roti terkenal.

Sedap suara dia

Dia enjoy dengan kerja dia

Kenapa irama macam kenal

Happy birthday makcik

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen