Apabila terlibat dalam kemalangan biasanya orang akan berasa takut dan bimbang. Mana tidaknya, lihat keadaan kereta dan berapa banyak jumlah kos yang terpaksa ditanggung.
Itu belum lagi kalau kalau kemalangan melibatkan orang lain, memang pening kepala rasanya ketika itu juga.
Ambil gambar kenang-kenangan.
Namun, berlainan pula dengan gelagat pakcik ini yang sempat mengambil gambar kenang-kenangan ketika keretanya terlibat dalam kemalangan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguan TikTok dikenali sebagai @hamidiromly memaparkan dua orang pakcik bersama sebuah kereta telah masuk ke dalam longkang.
Bagaimanapun, saat salah seorang dari mereka sedang sibuk menelefon meminta bantuan namun, seorang lagi rakannya itu sempat mengambil selfie tanpa mempedulikan keadaan cemas tersebut.
Video berdurasi enam saat itu berjaya meraih hampir sejuta tontonan malah, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat warga emas tersebut yang tenang berdepan dengan keadaan itu.
Tinggalkan Komen