Tak mahu ada persamaan dengan arwah Sarah, Shuib bimbang bertemu wanita ambil kesempatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya masih terlalu awal untuk pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk mencari pengganti Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang baru sahaja pergi dua bulan lalu.

Malah, bapa tunggal ini juga mengakui sukar untuk memikirkan soal pengganti atau teman hidup ketika ini apalagi tumpuannya adalah pada empat orang anak yang masih kecil.

Terfikir perasaan arwah.

Bagaimanapun, dia tidak menolak jodoh sekiranya dipertemukan seseorang yang baik buatnya memandangkan usia yang masih muda dan anak-anak sedang membesar pastinya perlukan kasih sayang seorang ibu.

“Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka dalam masa yang sama setelah arwah Sarah pergi. Sebab itulah tak terfikir pasal kahwin lagi.Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana.

“Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.

“Tetapi, tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun, dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita,” katanya.

Ibu memahami keputusannya.

Katanya lagi, ibunya juga bersikap realistik dengan situasi yang dialami olehnya namun menghormati segala keputusan dirinya sebagai bapa kepada empat orang permata hatinya itu.

“Mak saya pun kata saya masih muda. Sebagai lelaki, sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu. Tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan,” jelasnya.

Tidak mahu yang sama.

Dalam pada itu, Shuib juga menyatakan bahawa dia enggan mencari seseorang wanita yang sama seperti arwah kerana Allahyarham mempunyai kelas tersendiri.

“Saya tak mahu ada persamaan sebab Sarah berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.

“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat,” ujarnya.

Lebih berhati-hati.

Shuib juga meluahkan rasa bimbang sekiranya dia bertemu dengan wanita yang mengambil kesempatan terhadap dirinya sementelah mungkin status dan kestabilan kerjaya serta kewangannya dilihat meyakinkan bagi sesetengah wanita.

“Iyalah, takut juga namun saya berharap dalam meniti masa hadapan ini, saya lebih berhati-hati. Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya. Cuma buat masa sekarang, belum ada,” katanya.

Berkongsi perkembangan lain mengenai anaknya, Ayash Affan, Shuib bersyukur anak bongsunya itu kini semakin membesar dengan sihat selain mudah dijaga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen