‘Nervous’ dukung anak sulung, Nabil Mahir sempat laung takbir di telinga Ana Nayla

Oleh: Zuzu Yasmine

Moment menimang cahaya mata pertama tentunya penuh dengan rasa teruja dan ‘nervous’. Itulah yang dilalui pasangan selebriti ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir ketika berkongsi detik sepanjang proses kelhairan anak sulungnya itu.

Selepas genap sebulan usia Ana Nayla, pasangan ini memuat naik video di saluran YouTube mereka yang berkongsi saat-saat manis menimang puteri sulung itu.

Laungkan takbir raya.

Walau bagaimanapun, satu kenangan yang tidak dapat dilupakan pasangan ini apabila Nabil dengan secara spontan melaungkan takbir raya di telinga anaknya.

Namun, dia menyedari perkara tersebut dan ketawa sendiri sebelum melaungkan iqamah kepada anaknya yang berada di pangkuan.

Untuk makluman, Ayda selamat melahirkan Ana Nayla secara Czer di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 21 September lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen