Rela lepaskan gelaran diraja, puteri Jepun selamat kahwini orang biasa

Oleh: Zuzu Yasmine

Desas desus mengenai hubungan dan pertunangan Puteri Jepun Mako yang bakal mengahwini orang biasa pastinya telah diketahui umum.

Hari ini, Puteri Mako dikatakan telah berkahwin dengan orang biasa Kei Komuro yang bekerja di firma guaman di New York dan akan meninggalkan keluarga diraja.

Selamat daftar perkahwinan.

Memetik laporan Jiji Press, Puteri sulung Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko serta Komuro akan menyerahkan pendaftaran perkahwinan itu ke pejabat perbandaran pagi hari ini melalui Agensi Rumah Tangga Diraja.

Difahamkan, anak saudara kepada Maharaja Naruhito itu akan mengadakan sidang media sebagai orang biasa bersama suaminya di sebuah hotel di Tokyo.

Di bawah peruntukan undang-undang diraja, wanita dalam kalangan keluarga diraja akan kehilangan status keluarga apabila berkahwin dengan rakyat biasa.

Tiada majlis kahwin & wang bulanan.

Berdasarkan keputusan Maharaja Naruhito dan Putera Mahkota Akishino, upacara dan ritual berkaitan perkahwinan tidak akan diadakan untuk Puteri Mako dan Komuro berdasarkan pelbagai pendapat umum mengenai perkahwinan mereka, termasuk isu kewangan antara ibu Komuro dan bekas tunangnya.

Dalam pada itu, Puteri Mako yang berusia 30 tahun itu juga tidak akan menerima elaun perkahwinan berdasarkan kehendaknya sendiri, menjadi ahli keluarga wanita pertama yang tidak diberi wang sedemikian apabila berkahwin.

Untuk makluman, Puteri Mako dan Komuro, 30, buat kali pertama ketika mereka pelajar di Universiti Kristian Antarabangsa dan bertunang secara tidak rasmi pada September 2017 selepas bercinta selama kira-kira lima tahun.

Ini adalah kali pertama sejak berakhirnya Perang Dunia II tiada acara sebegitu untuk perkahwinan ahli keluarga diraja membabitkan wanita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen