17 tahun jadi anak tunggal, remaja sempat mogok sebelum pasrah status dirampas adik

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi anak tunggal pastinya sangat menyeronokkan. Mana tidaknya, ibu bapa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada anak mereka yang seorang ini.

Kasih sayang abang terhadap adik.

Namun, lain pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ainn_aisya ini apabila berkongsi gelagat anak lelakinya yang begitu menyayangi adik perempuannya.

Menurut @ainn_aisya, pada awalnya anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu tidak dapat menerima kenyataan sekiranya dia mendapat adik lagi.

@ainn_aisya juga memaklumkan bahawa anak lelakinya itu turut merajuk berbulan-bulan gara-gara kasih sayang ibu bapanya akan dikongsi bersama adik.

Paling teruja bila adik lahir.

 

Bagaimanapun, selepas adik perempuannya dilahirkan dia adalah orang yang pertama teruja sehingga dia juga yang banyak menjaga adiknya.

Menerusi video berdurasi 35 saat itu turut memaparkan si abang yang lena tidur memeluk adik perempuannya di sisi yang juga sedang tidur.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut berkongsi pengalaman yang sama.

Mesti nanti jaga adik dia

Untung adik dia nanti

Nampak ciri-ciri penyayang

Kongsi pengalaman sama

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen