Hanya sebab diri bisu, wanita kecewa staf suruh pesan di kaunter lepas lama beratur 'drive-thru'

Tiada niat ingin membuka aib, namun perkongsian wanita istimewa ini benar-benar mengundang pelbagai respon pengguna media sosial ketika ini selepas dia meluahkan kekesalannya terhadap servis di sebuah restoran makanan segera (KFC).

Gadis OKU kesal layanan staf KFC

Dalam perkongsian yang dimuat naik semula oleh @dania_elanor, wanita berkenaan adalah seorang kelainan upaya (pekak dan bisu) yang awalnya berhasrat ingin membeli makanan tersebut secara pandu lalu.

 

 

 Lama dekat 'drive-thru' suruh masuk pula

Namun, apa yang membuatkan dia kesal sebelum berlalu pergi kerana sikap kakitangan restoran itu yang meminta untuk dia membuat pesanan di kaunter dalam setelah sekian lama menunggu giliran secara pandu lalu.

Kejadian itu secara tak langsung telah membuatkan selera makannya hilang selain terkilan mengenangkan haknya sebagai seorang pelanggan diingkari apabila berdepan situasi itu.

Kongsi pengalaman sama

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama kerana cara layanan seperti itu sudah biasa diterima oleh pelanggan baik yang normal, mahupun kelainan upaya.

 

"Kesiannya akak ni..."

"Saya sedih dah marah ..."

 

Anda masih keseorangan?

1,009,867 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen