Pacuan empat roda terbabas, pemandu pengsan gara-gara tak makan lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular akan video yang memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah tiang eletrik dipercayai berhampiran Restoran Naina Maju/Klinik Shafi Taman Jenaris, Kajang dari arah Prima Saujana menghala Taming Impian.

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan pacuan empat roda tersebut tersadai di tengah jalan ketika dibantu orang awam sebelum memecut serta melanggar gerai dan sebuah kedai berhampiran kawasan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, pemandu kenderaan tersebut dipercayai pengsan semasa memandu akibat tidak makan sebelum terlibat dalam kemalangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 6 petang, lelaki berusia 39 tahun itu memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah pengsan semasa memandu, kemudian dia panik apabila tersedar dan berlaku kemalangan.

"Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan hanya kerosakan pada kenderaan.

"Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian urin terhadap pemandu itu negatif," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen