Tak tarik muka dapat gelang tangan pin, isteri teruja siap minta suami pakaikan

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata suami pastinya mahu memberikan hadiah atau kejutan buat isteri tersayang sebagai tanda menghargai wanita tersebut yang sentiasa ada saat susah dan senang.

Itu juga yang ingin lakukan oleh suami wanita ini apabila melakukan kejutan buat isterinya dengan menghadiahkan sesuatu yang membuatnya tersenyum gembira.

Isteri teruja dapat gelang emas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @azierauan ini berkongsi moment saat dia menerima hadiah gelang tangan dari suaminya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah gelang tangan emas tersebut diperbuat dari pin tudung yang disambung antara satu sama lain.

Namun, itu tidak menghalang isterinya dari menghargai pemberian tersebut hingga meminta suaminya untuk memakaikan gelang itu ditangannya.

Meskipun begitu, suaminya meminta maaf dan berjanji akan membelikan isteri gelang tangan emas yang betul sekiranya mempunyai rezeki lebih.

“Sorry yang nanti ada rezeki lebih abie bagi yang betul...” tulisnya di dalam rakaman berdurasi satu minit tiga saat itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut sebak dan kagum melihat isteri lelaki berkenaan yang masih menghargai pemberian tersebut.

Malah ada juga yang berseloroh bahawa design gelang tersebut akan menjadi ikutan tidak lama lagi.

Auto sebak dan gembira

Janji bahagia

Silap-silap keluar design macam ni

Gembira rasa dihargai

Moga bahagia sampai syurga

Moga dapat bagi betul-betul

Tumpang bahagia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen