Tertekan dianggap 'kikis' duit suami, wanita ini nekad kerja semula selepas anak cecah 2 tahun

Oleh: Shasha Zack

Semua orang layak mendapat pengiktirafan. Begitu juga dengan suri rumah. Mereka yang banyak membantu dari segi pengurusan rumah, anak-anak dan kebajikan seisi keluarga dan macam-macam lagi.

Namun begitu, tidak semua orang menghargai suri rumah kerana mereka menganggap hanya mengharapkan duit suami tanpa sebarang usaha.

Begitulah yang dirasai oleh seorang pengguna Tiktok, @mistymountains_ yang meluahkan rasa sedih dan kecewanya akibat menjadi seorang suri rumah.

"No one respects you because you're not making money..."

Video yang tular dan mendapat sambutan sebanyak 34.2 ribu tontonan dari netizen itu menunjukkan wanita tersebut yang sedang menangis akibat tanggapan orang sekeliling yang tidak menghormati dirinya hanya kerana dia seorang suri rumah.

The worst part of being a full time housewives is no one respects you because you're not making money. People see you a person with no goals in life."

"Not an independent woman..."

Kata wanita itu lagi dalam video tersebut, orang luar menganggapnya sebagai seorang yang tidak berdikari dan hanya mengharapkan duit suami. Dia akhirnya memutuskan nekad untuk bekerja selepas anaknya mencecah usia 2 tahun.

"Harapkan duit suami. Not an independent woman. Dong minimum everyday. Fine, I will work again after my baby is 2 years old."

"Full time housewife is a such honourable duty ever!"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton memberi sokongan penuh dan kata-kata semangat buat wanita tersebut. Mereka juga menegaskan bahawa menjadi seorang suri rumah adalah tugas yang mulia.

"You're building a home and that's the ultimate goal of mom"

Ada juga netizen yang mengatakan menjadi suri rumah merupakan orang yang paling berjasa dalam keluarga kerana yang membentuk kejayaan dalam sesebuah keluarga.

"Housewives yang membesarkan anak di rumah is the thoughest!"

Terdapat juga netizen yang menegaskan bahawa suri rumah adalah orang yang paling kuat menghadapi tekanan di rumah. Hal ini kerana mereka lah yang bertanggungjawab dalam membentuk sikap yang baik dalam diri anak-anak.

"A full time job is a job that not everyone can handle"

Netizen juga menegaskan bahawa tidak semua orang mampu menjadi suri rumah. Hal ini kerana segala tekanan dan tanggungjawab yang dipikul adalah sangat berat dan memberitahu bahawa masa yang berharga adalah apabila diluangkan bersama anak-anak di rumah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen