Gara-gara tak nampak alas plastik, satu family dituduh kolot, makan atas bekas kaki kucing

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok mengenai sebuah keluarga yang sedang menikmati 'shell out' di atas lantai beralaskan plastik.

"Shellout in the house"

Video yang dimuat naik oleh @ciknoor0703 tersebut mendapat tontonan sebanyak 59 ribu dari netizen yang rata-ratanya mengecam mereka kerana makan tanpa alas di lantai. 

"Zaman sekarang maju, tapi pemikiran manusia semakin kolot..."

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah komen seorang individu yang menyelar tindakan keluarga berkenaan dan mengatakan bahawa mereka kolot. Malahan, individu tersebut juga 'mengajar' mereka dengan mengatakan kucing jika makan pon menggunakan alas tersendiri.

"Ada alas plastik"

Video yang tular dengan 167.3 ribu tontonan itu mendapat perhatian dari netizen gara-gara komen individu tersebut yang dianggap tidak releven kerana mereka sekeluaga telah mengalaskan lantai dengan plastik sebelum menuangkan shell out tersebut.

Pemilik akaun, @ciknoor0703 telah membalas komen tersebut dengan kapsyen, "ada alas plastik".

 

"2 kali tengok baru nampak..."

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang memberitahu dia juga tidak nampak akan alas plastik tersebut jika hanya memandang dengan sekali imbas. 

"Manusia sekarang cepat menghukum..."

Namun, ada netizen yang menyifatkan komen negatif tersebut sebagai sesuatu hukuman tanpa selidik terlebih dahulu.

"Saya nak sponsor 4 biji mata..."

Terdapat juga netizen yang berseloroh ingin menaja 4 biji mata buat individu berkenaan kerana tidak perasan akan adanya alas plastik tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen