Sudah menjadi peraturan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi etika pemakaian sewaktu berurusan dengan mana-mana kaunter baik kerajaan mahupun swasta.
Namun, nampaknya masih ada yang belum dibiasakan oleh segelintir pihak termasuklah pemuda ini sehingga dia dihalang pengawal keselamatn gara-gara cara pemakaiannya.
Dihalang 'guard' tak bagi masuk kaunter JPJ
Menerusi video Ain Hadi di laman Tiktok, sang suami dengan penuh yakin mengenakan seluar pendek sewaktu ingin berurusan dengan pihak Jabatan Pengagkutan Jalan (JPJ).
Nasib baik ada kain pelikat
Namun, si suami tidak menyangka akan dihalang pengawal keselamatan gara-gara gagal mematuhi etika pemakaian.
Walaubagaimanapun, mujur ada kain pelikat untuk disarung bagi memenuhi peraturan yang sepatutnya dan itu lebih memadai daripada terpaksa pulang semula ke rumah untuk ganti.
"Pertama kali kena..."
Susulan perkongsian, siapa sangka ramai juga yang 'bitter' dengan video tersebut kerana menganggap Ain dan suaminya pura-pura tidak tahu akan peraturan itu tetapi, dia tidak melatah sebaliknya akui bahawa ia merupakan kali pertama berdepan situasi itu.
Tinggalkan Komen