Ketika Shuk Sahar dihimpit kontroversi membabitkan rumah tangganya, sang isterilah yang terlihat paling tenang menangani segala tohmahan warga netizen.
Walaupun adakalanya dia terlihat sedikit agreasif, namun amat wajar hal itu berlaku kerana tiada isteri ingin rumah tangganya musnah begitu sahaja, pasti ingin dipertahankan.
Pernah diselingkuhin tak?
Menerusi perkongsian terbaharu Rossa di Tiktok, dia tidak ketinggalan untuk mencuba 'trend' terkini di aplikasi itu, namun dalam hantaran tersebut terdapat mesej yang cuba didedahkan olehnya.
"Selalu..."
Jika diamati, suara latar video bertanya sekiranya wanita cantik pernah kena curang atau tidak dan Rossa menerusi kapsyennya akui bahawa dia selalu menjadi mangsa curang itu.
"Takpe, ni ujian Allah..."
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya berharap agar wanita itu kuat dan terus memberi tumpuan kepada bisnes juga anak.
"Ramai lagi yang sayang"
"Layak dapat lebih baik"
Dalam waktu sama, ada juga mengatakan bahawa Rossa berhak didampingi oleh seseorang yang lebih baik.
Tinggalkan Komen