Kehilangan Caprice hampir sebulan akhirnya terjawab apabila akaun Instagram milik penyanyi rap itu rupanya diganting pengendali platform berkenaan.
Memetik laporan mStar Online, penyanyi berusia 33 tahun itu berkata terdapat posting yang diulasnya pada awal bulan ini dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan.
“Akaun kena suspended (gantung) sebab last video kena report (lapor) banyak kali. Insya-Allah minggu ini dapat post balik,” katanya.
Berdasarlan tinjauan ke akaun Instagram penyanyi lagu Takut itu, kali terakhir dia memuat naik video ulasan mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja pada 8 Oktober lalu.
Sehari sebelum itu juga, pemilik nama Ariz Ramli ini turut mengulas berhubung isu sama yang membabitkan seorang anggota beruniform didakwa menghisap jari jurujual wanita.
Tambah Caprice, dia juga berkata kemungkinan akaunnya akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan pengendali platform berkenaan.
Dalam pada itu, Caprice sepatutnya melancarkan single rap Tiger of Al Quds pada 21 Oktober lalu namun masih belum memilih tarikh baharu.
Tinggalkan Komen