Tak sisih orang bujang, Tengku Zafrul kata bantuan bakal diberi sebanyak RM350

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam Bajet 2022 diumumkan, orang ramai terutama yang masih bujang mempersoalkan di mana bantuan buat mereka. Malah ada yang berseloroh bahawa itu ‘hint’ pihak kerajaan agar mereka yang bujang berkahwin.

Terpanggila menjawab isu itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 turut menerima bantuan sebanyak RM350 di bawah inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Katanya, perkara itu tidak diumum dalam pembentangan Bajet 2022 petang Jumaat, Tengku Zafrul berkata, hanya sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan untuk Keluarga Malaysia disenaraikan dalam ucapannya.

Beliau mengakui, menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai sama ada BKM diberikan kepada golongan bujang atau tidak.

“Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan.

“Tapi dalam Bajet 2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat. Saya kongsikan di sini ringkasan BKM untuk rujukan semua. Insya-Allah pencerahan lain akan menyusul,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat malam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen