Tengah sedap nikmati juadah, lelaki pasrah nasi dipijak member sebilik

Oleh: Zuzu Yasmine

Nikmati hidangan sambil bersila ini memang seronok, bukan sahaja lebih selesa tapi juga kelihatan seorang yang masih mengikuti adat Melayu.

Bagaimanapun, pelbagai ujian apabila makan bersila ini, lebih-lebih lagi jika beramai-ramai memang pelbagai ragam.

Nasi kena pijak member.

Hal yang sama dilalui seorang pemuda menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @jualginjalgrosir apabila hidangannya dibijak rakan sebiliknya.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu memaparkan seorang pemuda sedang bersila menikmati nasi berlauk yang dibelinya.

Namun, tanpa disangka-sangka rakannya yang sedang berdiri tidak sengaja terpijak nasi berlauk tersebut.

Pasrah dengan apa yang terjadi, pemuda berkenaan masih boleh ketawa bersama rakan-rakannya walaupun nasi tersebut masih banyak lagi yang tersisa.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen terhibur akan kejadian tersebut malah ada juga yang bersimpati dengan pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa orang perempuan tidak boleh terima kejadian seperti itu.

Kalau perempuan mesti dah nangis

Kesian wey

Dia sedih tapi tetap ketawa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen